~ Doakan Aku ~

salam readers!

sudah lama aku tidak berbicara di sini.tapi, tidak perlu risau aku masih tetap di sini, di bumi Sarawak yang masih lagi banyak kehijauan alam ciptaanNYA yang dapat dijamu oleh mata berbanding dengan negeri kelahiran ku yang penuh dengan bangunan2 bukti pembangunan dan permodenan.

 hari-hari aku tidak sedikit pun pernah melupakan negeri kelahiran atau lebih spesifiknya rumahku tempat aku  dibesarkan  dan belajar untuk mengerti erti kehidupan. tapi aku silap. kufikir aku telah banyak belajar namun pabila aku di sini, barulah aku mengerti erti kehidupan yang sebenar. baru masuk 2 bulan aku berada di sini dan setiap hari kupelajari benda baru. dari kehidupan tinggal di rumah sewa bersama guru-guru semenanjung yang sama-sama mencari rezeki di bumi Sarawak ini. yang bukan sahaja mencari sesuap nasi malah bersuap-suap nasi bukan sahaja untuk diri kami sendiri malah untuk keluarga tercinta yang berada di kampung halaman masing-masing. uniknya, kami bertiga yang tinggal serumah ini adalah berasal dari selatan tanah air.

bulan pertama atau lebih  detailnya 3 minggu pertama semasa aku mula berada di sini, aku berasa sedikit kekok apabila tinggal di rumah sewa ini. maklumlah aku tidak pernah tinggal di rumah sewa sebelum ini tidak seperti rakan-rakan TESL ku yang lain yang pernah punya pengalaman sewaktu zaman kami praktikum dulu. masalah ku kini adalah utuk merancang perbelanjaan yang dahulunya makan minumku ditanggung oleh ibu bapa, duit api air dan segala perbelanjaan rumah ditanggung oleh ibu bapa ku.kini, aku perlu bijak berbelanja dengan expenses yang semakin tinggi di sini. harga barang-barang sudah pasti lebih mahal dari di Semenanjung. tidak lupa juga duit kereta ku yang turut dibayar bulanan.tapi di sudut hati ini turu berasa sedih tidak dapat menggunakan keretaku sendiri di sini. ingin ku bawa ke sini tapi tunggulah sedikit masa lagi. doakan aku.

aku masih berkira-kira mungkinkah aku terus berada di sini? menurut guru-guru di sini nasibku mungkin sama dengan guru BI yang baru sahaja dapat berpindah ke sekolah lain selepas 8 atau 9 tahun beliau berada di sekolahku.aku kurang pasti. tapi itulah hakikatnya. beliau adalah seorang guru yang berasal dari Sarawak dan berpindah ke sekolah baru yang berhampiran dengan rumah beliau di area Sarawak. kini, banyak jawatan beliau telah disandang olehku. Guru Panitia BI, guru Nilam, guru Pusat Sumber, Guru opsyen major BI, guru OSAKA programme.  itu sahaja setakat ini dan tidak ku tahu lagi selepas ini.dan banyak masalah yang ku hadapi sekarang kerana banyak ilmu yang tidak beliau turunkan kepada ku menyebabkan aku teraba-raba seperti orang buta yang berjalan dalam kegelapan. bila ku tanya hal-hal yang berkaitan dengan Pusat Sumber, OSAKA etc etc etc kepada guru lain, mereka hanya tahu 50% sahaja..aku perlu mencari ilmu, cara dan teknik sendiri untuk mengemudi semuanya dalam tahun ini.

tapi, dari sudut hati kecilku ini, aku benar-benar ikhlas mengajar di sini. kasihan melihat anak-anak muridku yang tinggal di kawasan yang bole di kira pedalaman ini yang sangat dahagakan ilmu. perasaan gembira dan excited mereka pabila setiap kali aku menjejakkan kaki ke kelas mereka menyemarakkan lagi semangatku untuk mengajar mereka.

tiap hariku pasti akan ada teaching aids atau bahan bantu mengajar yang dibawa olehku. walaupun naik perahu untuk menyeberangi sungai untuk sampai ke sekolahku, ia tidak menghalang untuk aku membawa barang2 beserta payung yang sentiasa ada disisi takut kalau-kalau hujan turun membasahi bumi yang turut membasahi diriku nanti. tapi aku tetap basah walaupun ia memayungiku jika hujan ciptaan Tuhan itu turun dengan lebatnya.

kini, aku akur, aku pasrah, aku redha....kerana aku tahu Tuhan sentiasa ada bersamaku, DIA lah tempat aku mengadu dan DIA lah tempat aku meminta pertolongan.

Doakan Aku....


~ photobook convo ~

salam n hye all...

since tomorrow is already a week end, i grab this chance to blog and post new entry...after this, i'll be busy with works as my school is now lacking in number of teachers. can u imagine im the only newcomer while the 3 former teachers were transferred to other school. what more, GPK 1 and GPK HEM also need to teach core subjects for UPSR candidates. plus, due to insufficient teachers, each and everyone of us need to take on too much responsibility especially for newcomer like me....kalau bole semua jawatan nak bagi kat cikgu baru....haish...

ok back to the topic, i managed to have a photobook to keep my trail of memories during my convocation day...even though the event was already monthsss ago, my photobook was in my hand 2 days before i went back here due to unplanned and unexpected idea that just popped up my mind.