salam readers...
Disaat jari jemariku menari-nari di papan kekunciku, masih terngiang-ngiang dan segar dalam ingatan kata-kata Ustaz Akhil Hayy dalam ceramah beliau malam td. a big thank to UIA for organzing such activity sempena zikrulmaut week.
"manusia menzahirkan cinta, cinta melahirkan manusia"....kata-kata ustaz yg membuatkan aku terfikir sejenak..manusia boleh menzahirkan perasaan cinta, kasih sayang kepada orang yang halal baginya supaya perasaan cinta dan kasih sayang yg dizahirkan di antara mereka dapat melahirkan insan-insan, umat nabi Muhammad s.a.w. Lebih memeranjatkan saya apabila beliau mengeluarkan statistik terbaru daripada JAKIM yg mana seramai 265 000 anak luar nikah di negara kita or in other harsh word, anak zina. adakah antara mereka anak Ah Leong or anak Muthu?...tidak sama sekali....semuanya orang melayu..memang betulla melayu mudah lupa...lupa dengan Allah..lupa dengan azab Allah..
romantiknya Allah..
selain Ustz Akhil Hayy, Fatimah Syarha, novelis terkenal, merupakan panel kedua malam td. beliau menceritakan tentang romantiknya Allah dengan Rasulullah dapat dilihat dalam Surah Ad-Dhuha...
1. Demi waktu Dhuha;
2 Dan malam apabila ia sunyi-sepi;
3 (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
4 Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5 Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
6 Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
7 Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
8 Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
9 Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
10 Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
11 Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
what's more, kita lihat contoh romantiknya Rasulullah bersama isterinya yang mana mereka berkongsi dan suap-menyuap seketul daging sehingga habis daging itu, sehingga bertaut bibir mereka...alangkah romantiknya baginda...
alangkah indahnya dapat pengalaman bercinta selepas kahwin seperti yang dilalui oleh beliau...sempat lagi melafazkan kata rindu buat suami tersayang yang selalu oncall sewaktu memeberikan ceramah malam td...orang yg halal dirindui.....
yang halal itu luas...sabarlah menanti saat kita diijab kabulkan kelak...