salam....
sudah lama tiada bicara di sini. tiada khabar berita bukan bermakna aku hilang.mungkin hanya hilang dari pandangan keluarga dan sahabat yang sudah kuberitahu yang aku pulang sementara ke sini usai cuti penggal kedua, di bumi Sarawak. demi mencari bukan hanya sesuap nasi tetapi bersuap-suap nasi untuk bekalan di masa hadapan.
aku masih di sini. surat pelantikan yang aku tunggu selama ini telah aku terima semalam. seolah-olah memberikan semnagat baru kepada ku untuk mendidik anak-anak Sarawak di sini. dengan adanya surat pelantikan tetapku, bukan kenaikan gaji yang aku tunggu semata-mata, malah ia menandakan yang aku adalah benar-benar seorang penjawat awam, beremployer government. keretaku juga telah ku shipping bagi memudahkan pergerakan aku di sini supaya tidak menjadi bebanan kepada rakan-rakan di sini. ya.. aku paham mereka tidak boleh sentiasa ada bersama ku kerana mereka punya hak untuk berehat, dan punya ada masa sendiri. pernah beberapa kali aku menebalkan muka meminjam kereta guru-guru senior untuk pergi membawa murid ke story telling competition, dan baru semalam jadual kelas tambahan telah diubah menyebabkan aku tiada transport untuk pulang ke rumah sewa yang mengambil masa almost 30minutes journey. tetapi, aku tetap bersyukur dengan akak housemate ku yang sangat memahami keadaan guru freshie seperti aku yang telah menawarkan keretanya untuk aku pulang dari sekolah. perasaan segan dan malu masih terasa hingga ke hari ini kerana dia telah menumpang kereta guru lain untuk pulang sedangkan aku menggunakan keretanya.
Sarawak. sebuah negeri di Malaysia. tetapi kehidupan di sini jauh sekali dengan negeri-negeri di Semenanjung yang aku fikir kamu semua sudah maklum. sebagai seorang guru di sini, barulah aku tahu mengapa tiada satu pekeliling pun yang menyatakan wajibnya murid berkasut sekolah. kamu dapat jawapannya bila kamu, kamu dan kamu ada di sini. jujur aku katakan aku bukan anak orang berada. tapi aku tahu Allah hantar aku ke sini supaya aku ada rasa syukur sentiasa.
usah aku ceritakan dari segi ketemadunan. kamu google dan baca sendiri supaya ada jawapannya.
minggu ini mungkin ada masalah air. setiap pagi laluan ku ke sekolah, mata dan hidung menjadi saksi.
ada 'benda' warna coklat di dalam bekas makanan yang tutupnya telah terbuka. aku tidak pernah fikir 'benda' itu di dalam bekas makanan yang hampir serupa warna, size dan bentuknya dengan aku punya tupperware yang aku bawa ke sekolah sewaktu aku di elementary school.bezanya yang aku isi hanyalah makanan.
aku yakin kamu semua tahu 'benda' itu. and please keep it on the low...:)

Post a Comment