Sudah lama rasanya titisan-titisan jernih ini tak membasahi pipi….niat untuk menidurkan diri seawal 10.30 mlm hanya tinggal kenangan…aku perlu akur dengan ketentuan-Nya...aku hanya mampu merancang…aku sedar aku merancang, Dia juga merancang tapi aku percaya perancangan DIA adalah yang terbaik buatku.
Mata yang terbuka luas ni hanyalah onar semata-mata…cukup sukar dilelapkan tika ini…hanya aku dan DIA yang mengerti dan memahami…aku sedar ade beberapa perkara yang tak perlu dan tak patut untuk aku luahkan kepada manusia apatah lagi haiwan yang tiada akal fikiran. Hanya DIA tempat aku mengadu kerana aku tahu hanya DIA yang sudi mendengar luahanku tidak kira masa dan tempat . Aku sedar jika aku luahkan kepada manusia, tidak semua akan mendengar kerana mereka juga ada masalah yang mungkin lebih sukar untuk diselesaikan, mereka juga ada emosi sepertiku yang tidak menentu, dan mereka ada kehidupan sendiri yang perlu mereka aturkan. aku sedar ada antara mereka yang mendengar, tapi mereka tidak memahami melainkan jika mereka pernah berada di tempatku. Hanya DIA yang tahu….
Aku sedar ujian yang kulalui ini belum cukup hebat jika dibandingkan dengan orang lain…aku tahu ada jalan penyelesaiannya jika aku terus berusaha dan berikhtiar…tapi, aku juga sedar yang aku bukan seorang yang penyabar…dan aku tahu DIA sediakan ujian-ujian ini supaya aku dapat melatih diriku menjadi sabar. Aku sedar bahawa sabar itu separuh daripada iman..tapi, bila aku mnghadapi saat-saat getir seperti ini, perkataan itu seakan-akan lenyap di kotak fikiranku…membuatkan aku lupa untuk mengawal diri….
Di saat rakan-rakan sedang menelaah pelajaran, hatiku tidak sedikit pun terusik kerana aku tahu aku belum bersedia dan berada dalam keadaan yang stabil…. jika aku memaksa diri, aku takut semakin sukar untuk aku melelapkan mata kerana ia akan menambah lagi beban di benakku…
Tidak sabar rasanya untuk mengetahui bicara masa depanku….adakah ia diwarnai dengan warna-warna ceria atau warna-warna gelap dan suram…. hanya DIA yang tahu…
aku tahu dan sedar akulah yang perlu menentukan hala tuju hidupku …tapi, aku perlu akur dengan perancanganNYA….hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buatku…..aku akur dengan takdirNya....

Post a Comment