salam and hello everyone...
sy kongsikan bersama satu post by a friend of mine, Azrai..
we were in the same school before, we surely at least once bumped into each other but we never talked to each other i supposed....
perasaanku selama ini rupenye turut dirasa oleh beliau...
"Ko biar betul azrai..mcm xprcaye je..ak respect ar kt ko!" - Bicara SMS yang tertera di skrin phoneku malam itu, datangnya dari seorang rakan lama setelah lebih empat tahun terputus hubungan, rakan yang tentunya akan menggenggam segulung ijazah sarjana muda tidak berapa lama lagi. Tapi aku? Bukannya aku tak pernah terasa pedih, bukannya aku tak pernah terasa malu mendepani kegagalan. Namun kutabahkan hati, kutebalkan muka menghadapi saat sukar yang kian berlalu. Aku tak pernah menangis walau pernah mengecewakan hati abah dan mengguris parut kesedihan di wajah emak. Aahh..keras benar hatiku ini agaknya!
Di kala termenung sendirian, roda kehidupan kembali terimbau di ingatan. Roda kehidupan yang sekejap membawa kita ke puncak dunia dan sekejap lagi bisa ke bawah semula. Terbayang kembali gelagat abah ketika keputusan UPSR diumumkan, sambil tersenyum abah mengisyaratkan tanda bagus kepadaku. "Wah! hebat betul abah. Belum sempat ku bilang dia sudah tahu rupanya!" bisik hatiku riang. Aku fahami kegembiraan di hati abah walaupun turut bersarang kebimbangan di hati emak saat menghantar putera tunggal mereka ini menuntut ilmu jauh di daerah orang. Manakan tidak, si kecil mereka yang masih bersuara halus ini akan ditinggalkan jauh bersendirian di tempat orang. Diakui aku turut sebak saat itu, tapi aku yakin dan percaya bahawa emak abah tahu apa yang mereka lakukan demi masa depanku. Benar, mereka lebih tahu kerana sekarang aku pun dah tahu.
Tiga tahun berlalu, kami berkelana lagi menuju ke daerah ilmu yang baru, bumi Hang Tuah nan bersejarah. Dalam aku bersemangat, rupanya bersemangat lagi kedua orang tuaku dalam memimpin langkahku bagi mendapat pendidikan terbaik. Masih basah dalam ingatan, titisan darah di jari abah yang terluka kerana terkena serpihan kaca ketika sama-sama membantu mempersiapkan perbekalanku pagi itu. Namun tangan tuanya tetap gagah memandu sepuluh jam tanpa henti demi anak terunanya ini. Emak pula walaupun tidak ikut sama, tapi doanya tentu setia menemani perjalananku. Tentu dia masih berkira-kira untuk melihatku menjadi seorang 'engineer' yang berjaya!
Hakikatnya, warna pelangi tidak kan berpanjangan, roda kehidupan tidak kan kekal setia di puncaknya. Dua tahun berusaha, namun keputusan SPM yang kuperolehi tak salah dari apa yang diduga. Firasatku tidak sesat dalam mentafsir maknanya. Mungkin usahaku selama itu belum cukup sempurna, lalu pencapaiannya sederhana cuma. Bukan result ku tidak bagus, malah masih boleh diiktiraf cemerlang oleh rakan-rakan sekampung. Namun realitinya tika itu aku berada di sebuah sekolah berasrama penuh yang dinobatkan sebagai sekolah terbaik Malaysia-SPM 2005, menyebabkan cahaya kecemerlanganku tenggelam dalam sinar kejayaan rakan-rakan seperjuangan, bak cahaya lilin menyinar di tengah hari.
Apa pun pendakianku tidak terhenti, aku sedar dan bersyukur dengan apa yang tertulis di 'sana'. Gagal menempatkan diri ke sebarang universiti terkemuka tanah air seperti mana rakan-rakan yang lain, aku kembali ke negeri Darul Makmur bagi melanjutkan pengajian di kolej matrikulasi dalam aliran sains fizikal. Nampak gayanya hasrat emak masih belum terpadam. Namun? Aduhai! nasib oh nasib. Tapi nasib juga aku tidak mengeluh panjang tentang nasibku saat itu, jika tidak entah apa nasibku sekarang, belum tentu sebaik hari ini. Masakan tidak, sudah jatuh ditimpa tangga pula, aku tersungkur lagi di pusat pengajian ini. Entah semangat yang lemah atau pemikiran dan minat yang berubah, semuanya serba tidak kena sepanjang pengajianku di sini. Melihat kepada 'result' semester awal yang sangat teruk, aku akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti pengajian! Maafkan aku emak kerana gagal bergelar seorang Ir. "Tapi tak mengapalah, mungkin harapan itu boleh disandarkan kepada adik-adikku yang lain," keluh hati kecilku.
Kehilangan arah seketika, tiba-tiba abah kembali meniupkan angin dalam mengemudi perjalanan hidupku. Cadangannya agar aku menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang & syariah diterima tanpa banyak soal. Entah mengapa itu pilihannya, aku tak ambil pusing lagi, yang penting kehidupan perlu diteruskan. Mungkin juga emak abah masih menyimpan secebis harapan agar aku tetap berkecimpung dalam bidang profesional. Bukankah kerjaya guaman juga tak kurang hebatnya berbanding doktor atau 'engineer'! Dengan minat yang sederhana pada mulanya, aku tiba ke sebuah kolej universiti yang pertama kali aku dengari namanya. Bagiku minat boleh dipupuk dan disemai, asal sahaja dipasakkan tekad yang teguh dan disusuli usaha yang jitu. Tekadku adalah untuk bangkit dari rebah yang panjang. Biarkan apa orang nak kata, yang penting aku tahu apa yang hatiku kata. Kebetulan pula saat itu aku banyak membaca dan memahami perkara baru mengenai kehidupan, langsung mengajarku agar tidak terus menangis. “La' Tahzan,” pesan Dr. 'Aidh Abdullah Qarni. Aku belajar untuk menjadi insan berjiwa besar dan bersemangat waja. Aku semakin mengerti tentang siapa diri ini dan kenapa ianya perlu lahir di dunia. Aku mulai sedar tentang hakikat takdir dan konsep masa yang sebenarnya.
Sememangnya tiada siapa menduga dalam sekelip mata takdir yang Esa memutarkan dunia pengajianku, 360 darjah, terus singgah ke alam lain yang tak pernah sekalipun aku mimpikan. Namun kini aku fahami segala suratan atau kebetulan yang melanda. DIA merancang kita merancang, tapi perancangan-Nya tetap yang terbaik. Siapa sangka aku yang dahulunya terkenal pendiam bisa menjadi 'top student in law', bidang yang bukan sahaja memerlukan kepetahan berbicara malah kebijaksanaan memanipulasi sumber demi kebenaran dan keadilan. Malah, tidak mudah untuk rakan-rakanku percaya bahawa aku yang dahulunya pasif sempat menimba pengalaman mengemudi tampuk kepimpinan pelajar dengan jayanya, dihormati kawan dan lawan. Aku bukannya gila hormat tapi cuma mencari kehormatan! "Gila hormat dilarang tetapi menjadi orang terhormat harus menjadi tujuan," pesan Imam al-Ghazali.
Aku akui kadang-kadang bayu penyesalan masih tetap menyapa diri, tatkala menatap gambar kenangan rakan-rakanku di laman sosial. "Wah..seronoknya Maher 'berposing' sakan di depan roket pertama Neil Armstrong!" getusku tika menatap gambar sahabat karibku di zaman persekolahan dahulu. Albert si rakan sebelah mejaku pula begitu teruja bergambar kenangan di laman stadium Old Trafford, Manchester. Seronok sungguh mereka mengembara menuntut ilmu jauh di benua orang. Tapi aku? Aku masih tetap sedia di bumi bertuah ini. Walaupun sebak menebak sanubari, namun aku tak bisa lemas dalam air mata kegagalan kerana kuyakin pada firman-Nya bahawa sesudah kepayahan pasti ada kesenangan. Sekarang aku juga boleh berbangga dengan pencapaian diri, walaupun mungkin tidak sehebat mereka dan meskipun hasrat menjejakkan kaki ke menara gading masih dalam angan-angan. Sebenarnya aku tak kisah untuk menunggu dan ditinggalkan masa kerana aku sudah lama dan telalu banyak belajar dari sebuah 'Universiti Kehidupan'.
things to note:
- we shared more or less the same journey of life...but there r things yg xsme..mcm matrix tu mmg xla...i xsempat pun amik exam kt matrix as i quitted and went for something that's more precious to my parents.
- and for sure, we were hunting for different course...mine wasn't engneer at all...and ade lg yg xsme...but overall, we were in the same boat...
- maybe, after reading this post, some of u mesti ckp kitorg x bersyukur but u should put urself in our shoes...being in that so-called school, if u got 8As and below, you'd considered urself gagal or x cemerlang and our school plak mse tu sekolah terbaik SPM...only the school and ur frenz are the best but u?...and boleh dikira dengan jari berapa orang je yg masih di Malaysia....just imagine!

**********************************

Allah knows what's best for us.. Allah merancang dan kita juga merancang, tapi ketahuilah perancangan Allah adalah tetap yang terbaik.
Setiap orang ada perjalanan dan kisah hidup yang tersendiri....tidak perlu kita bandingkan perjalanan hidup kita dengan perjalanan hidup orang lain..kita tetap berjaya walaupun jalan yang diatur oleh-Nya berbeza.
u r not alone,ida.
i guess, aku pon same.
studied in a boarding school,tp spm ciput je.
huhu. until now, aku regret sgt.
n ak rase, i cant stop blaiming myself for it.
yup...i thnk most of our coursmte la kn...but nver mind we still succeed in our own field..:)